About Me

My photo
Singapore
Saya budak yang suka bermacam -macam aktiviti

Saturday, July 31, 2010

Bulan Bahasa '10.wmv

Malang tidak berbau

Hari ini hari yang sangat indah. Cuacanya begitu nyaman sekali. Ali dan Sufi pulang dari sekolah pada jam 7.00 petang. Mereka berbual-bual sambil berjalan di kolong blok. Mereka berasa lapar lalu Ali bertanya, "Sufi, awak hendak makan bersama saya?"

Sufi menjawab, "Nak, tetapi saya tidak cukup duit. "Marilah saya belanja awak. Saya ada duit lebih ni." jawab Ali. Sedang mereka berjalan di kolong blok, tiba-tiba sebuah kotak besar terjatuh kerana ditendang oleh seseorang. Kotak itu terjatuh di kepala Sufi. Kepalanya terluka dan berdarah. Ramai orang menolong Sufi. Mereka berasa kasihan lalu menelefon ambulans.

Sambil menunggu ambulans tiba, Ali mengelap darah yang mengalir di muka Sufi. "Ambulans sudah sampai," kata Ali. Ambulans itu dengan segera membawa Sufi ke hospital. Ali dan Sufi berasa takut dan cemas.

Teman Baru

Pada hari Jumaat yang cerah, Cikgu Yanti memperkenalkan seorang budak perempuan baru bernama, Nana. Murid baru itu bersekolah di Sekolah Rendah Bedok North kerana berdekatan dengan rumahnya. Perasaan Nana gembira bersekolah di situ.

Nana membaca semasa waktu rehat. Dia membaca buku kerana tidak ada kawan. Siti membawa Nana ke padang untuk bermain-main.

Nana sangat suka kawan-kawan barunya. Mereka bermain hingga waktu rehat tamat. Cikgu Yanti memuji Siti kerana menemani Nana. Semua rakan sedarjah menepuk tangan dan memujinya. Siti dan Nana menjadi kawan baik.

Pantun suka-suka

Saya ada dua adik
Satu perempuan satu lelaki
Saya sayangkan adik-adik
Bilangkan mama saya hendak lagi.

Adik-adik sayangkan saya
Kami peluk dengan kuat
Selamat berpuasa kepada semua
Kerana Ramadhan sudah mendekat

Menyambut kedatangan Ramadhan
Dengan hati yang gembira
Semoga Allah izinkan
Kita dapat berpuasa sepenuhnya

Peraduan bercerita

Pada hari Khamis yang lalu, Maria dan kawan-kawannya akan mengadakan peraduan bercerita di Sekolah Rendah Sun. Cikgu Haslinda meminta bantuan daripada Maria untuk menggantikan tempat kawan Maria yang demam.

Maria pergi ke atas pentas dengan perasaan gementar. Dia mengawal perasaannya. Kawan-kawan di dewan menunggu Maria untuk memulakan cerita tetapi Maria hanya membisu sahaja. Maria berfikir sejenak, "Saya hendak bercakap apa? Saya tidak tahu."

Maria berasa gembira lalu bercakap apa yang dia fikirkan. Maria mula bercerita. Dia bercerita dengan baik sekali. Maria ingin menang dalam peraduan bercerita itu.

Kawan-kawannya tersenyum lalu memberi tepukan gemuruh. Mereka bersyukurkerana akhirnya, Maria berjaya dalam peradua itu. Cikgu Haslinda mengucapkan terima kasih kepada Maria kerana sanggup menggantikan tempat kawannya.

Congkak

Pada hari Ahad yang cerah, Sarah dan Hafiz sedang bermain congkak di dalam bilik. Sarah memulakan permainan itu dahulu. Kemudian giliran Hafiz. Mereka suka bermain congkak.

Tiba-tiba, Hafiz memarahi Sarah,"Sarah! Mengapa awak meletakkan guli saya di dalam lubang awak?" Hafiz mengamuk sambi memarahi Sarah. Sarah berkata, "Saya tidak tahu bermain congkak."

Sarah berasa geram dan ambil hati lalu keluar dari bilik. Ibu mereka yang berada di dapur terdengar suara mereka sedang bergaduh. Ibunya bergegas ke ruang tamu. "Mengapa kamu berdua bertengkar?" tanya ibu. "Hafiz menuduh saya menipu," jawap Sarah.

Setelah menerangkan situasi sebenar kepada ibu, mereka pun meminta maaf lalu bermain gasing. Sarah dan Hafiz sangat gembira.

Friday, July 30, 2010

Hari Kegemaran.

Hari ini hari kegemaran Ani. Ani dan ayahnya akan ke pusat penjaja makanan di Toa Payoh. Di situ ada ramai pelanggan. Tempatnya sangat kotor dan berselerak.

Ani dan ayah mencari tempat duduk. "Ayah, di situ ada tempat untuk kita duduk sambil makan dan minum," kata Ani.

"Ayah, ayah mahu makan apa? Saya mahu makan mi Soto dan air Bandung," kata Ani lagi. "Ayah hendak makan Nasi Ayam dan air kopi lah Ani," jawab ayah.

Ani menunggu ayahnya membeli makanan dan minuman di gerai. Selepas makan, mereka pulang ke rumah. Ani berasa sangat gembira. "Mungkin, kita akan makan di sini lagi," kata Ani. "Baiklah Ani, tapi kita harus mmenjaga kebersihan juga." kata ayahnya.