Pada hari Jumaat yang cerah, Cikgu Yanti memperkenalkan seorang budak perempuan baru bernama, Nana. Murid baru itu bersekolah di Sekolah Rendah Bedok North kerana berdekatan dengan rumahnya. Perasaan Nana gembira bersekolah di situ.
Nana membaca semasa waktu rehat. Dia membaca buku kerana tidak ada kawan. Siti membawa Nana ke padang untuk bermain-main.
Nana sangat suka kawan-kawan barunya. Mereka bermain hingga waktu rehat tamat. Cikgu Yanti memuji Siti kerana menemani Nana. Semua rakan sedarjah menepuk tangan dan memujinya. Siti dan Nana menjadi kawan baik.
No comments:
Post a Comment