About Me

My photo
Singapore
Saya budak yang suka bermacam -macam aktiviti

Saturday, July 31, 2010

Malang tidak berbau

Hari ini hari yang sangat indah. Cuacanya begitu nyaman sekali. Ali dan Sufi pulang dari sekolah pada jam 7.00 petang. Mereka berbual-bual sambil berjalan di kolong blok. Mereka berasa lapar lalu Ali bertanya, "Sufi, awak hendak makan bersama saya?"

Sufi menjawab, "Nak, tetapi saya tidak cukup duit. "Marilah saya belanja awak. Saya ada duit lebih ni." jawab Ali. Sedang mereka berjalan di kolong blok, tiba-tiba sebuah kotak besar terjatuh kerana ditendang oleh seseorang. Kotak itu terjatuh di kepala Sufi. Kepalanya terluka dan berdarah. Ramai orang menolong Sufi. Mereka berasa kasihan lalu menelefon ambulans.

Sambil menunggu ambulans tiba, Ali mengelap darah yang mengalir di muka Sufi. "Ambulans sudah sampai," kata Ali. Ambulans itu dengan segera membawa Sufi ke hospital. Ali dan Sufi berasa takut dan cemas.

No comments:

Post a Comment