About Me

My photo
Singapore
Saya budak yang suka bermacam -macam aktiviti

Saturday, July 31, 2010

Congkak

Pada hari Ahad yang cerah, Sarah dan Hafiz sedang bermain congkak di dalam bilik. Sarah memulakan permainan itu dahulu. Kemudian giliran Hafiz. Mereka suka bermain congkak.

Tiba-tiba, Hafiz memarahi Sarah,"Sarah! Mengapa awak meletakkan guli saya di dalam lubang awak?" Hafiz mengamuk sambi memarahi Sarah. Sarah berkata, "Saya tidak tahu bermain congkak."

Sarah berasa geram dan ambil hati lalu keluar dari bilik. Ibu mereka yang berada di dapur terdengar suara mereka sedang bergaduh. Ibunya bergegas ke ruang tamu. "Mengapa kamu berdua bertengkar?" tanya ibu. "Hafiz menuduh saya menipu," jawap Sarah.

Setelah menerangkan situasi sebenar kepada ibu, mereka pun meminta maaf lalu bermain gasing. Sarah dan Hafiz sangat gembira.

No comments:

Post a Comment